Jenis Kolik kuda

  • Keimpakan fleksur pelvis: disebabkan oleh impaksi bahan makanan di dalam bahagian usus besar bernama fleksur pelvis di kolon kiri, di mana usus berpulas 180 darjah lalu menyempit.
  • Kolik spasma: disebabkan oleh kecutan peristalsis dalam saluran gastrousus kuda.
  • Keimpakan ileum: disebabkan oleh makanan yang menyumbat ileum, iaitu bahagian terakhir usus kecil yang berhujungkan sekum.
  • Keimpakan pasir: disebabkan oleh gangguan pasir yang termakan oleh kuda dalam lapisan usus di fleksur pelvis, kolon dorsal kanan dan sekum usus besar.
  • Enterolit: bebola endapan mineral yang terbentuk dengan bendasing seperti pasir atau batu kelikir, dan menyumbat usus. Perlu dibedah.
  • Cacing bulat: parasit yang boleh menyumbat atau mengakis usus.
  • Sesaran dorsal kiri: disebabkan oleh kolon dorsal kiri yang tersumbat di atas limpa dan melanggar ligamen nefrolimpa. Perlu dibedah.
  • Sesaran dorsal kanan: sesaran usus besar. Perlu dibedah.
  • Kilasan: disebabkan oleh pulasan di mana-mana bahagian salur gastrousus
  • Pengulseran gastrik: disebabkan oleh penjagaan dan gaya hidup kuda yang kurang sihat, seperti pengurungan berlarutan, tidak kerap makan, terlalu banyak makan makanan pekat (seperti bijian), dan tekanan daripada kerja dan pengangkutan.